DAFTAR SSM DAH LAMA TAPI TAK PERNAH BUAT AKAUN SYARIKAT, TAHUN INI BARU NAK ISYTIHAR CUKAI??KENA BUAT JUGA KE AKAUN TAHUN-TAHUN LAMA TU?? By Polaris BusinesssIn TIPS CUKAI, PENGURUSAN PERAKAUNAN, PERAKAUNAN, PERCUKAIAN, TIPS PERNIAGAANPosted March 10, 20220 Comment(s) Ramai yang tertanya-tanya tahun ini baru nak isytihar cukai tapi belum pernah lagi buat akaun syarikat sejak tahun 2015 lagi. Jadi apa yang perlu dibuat?? Boleh ke isytihar cukai untuk akaun tahun 2021 sahaja??Jawapannya boleh. Anda boleh isytihar cukai pada tahun semasa namun amalan yang sepatutnya adalah memulakan merekod akaun syarikat seawal tarikh syarikat didaftarkan. Pendapatan tahun lepas akan mempengaruhi pendapatan tahun ini dan juga pendapatan tahun-tahun akan datang.Jika anda tidak mahu diaudit oleh pihak LHDN untuk akaun tahun sebelumnya, nasihat kami anda perlulah menguruskan akaun syarikat anda dengan bijak. Pastikan akaun syarikat diuruskan seawal yang mungkin dan teratur. Apa yang paling penting adalah segala dokumen syarikat dan juga resit-resit yang penting disimpan dan disusun dengan baik.