Apa itu E-Invois ?
E-Invois ialah rekod digital untuk transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli untuk pengesahan dan penyimpanan rekod. E-Invois juga menggantikan penggunaan dokumen kertas dan elektronik seperti PDF, JPEG dan lain lain.
Apa Manfaat E-Invois ?
Mengurangkan proses manual & kesilapan | Memudahkan pengemukaan borang penyata | Meningkatkan kecekapan operasi | Mendigitalkan pelaporan percukaian & kewangan. |
Mekanisme Penghantaran E-Invois
- Portal MyInvois : Portal yang dihasilkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk semua pembayar cukai tanpa pembayaran kos.
- Application Programming Interface (API) : Portal ini membolehkan penghantaran data terus ke Sistem MyInvois dan sesuai untuk pembayar cukai besar.
Garis Pelaksanaan E-Invois
Sasaran Pembayar Cukai | Tarikh Pelaksanaan |
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta | 1 Ogos 2024 |
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta | 1 Januari 2025 |
Semua pembayar cukai | 1 Julai 2025 |