Perakaunan secara Outsource
Perkhidmatan yang kami tawarkan:
📌 PERAKAUNAN SECARA OUTSOURCE UNTUK PERNIAGAAN ANDA
Polaris Business Solutions menyediakan perkhidmatan perakaunan secara outsource untuk membantu pemilik perniagaan mengurus rekod kewangan dengan lebih teratur, tepat dan mematuhi undang-undang.
Perkhidmatan ini diketuai oleh Akauntan Bertauliah (CA(M)) berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA), dengan pengalaman mengurus akaun syarikat, enterprise dan PKS dalam pelbagai industri.
Mengapa Perakaunan Secara Outsource?
Bagi kebanyakan PKS, melantik staf akaun sepenuh masa tidak sentiasa praktikal dari segi kos dan keperluan kerja. Perakaunan secara outsource membolehkan anda:
Mengurangkan kos tetap (gaji, caruman, latihan dan manfaat pekerja)
Mendapatkan sokongan pasukan perakaunan yang terlatih tanpa perlu mengambil staf baharu
Memastikan rekod kewangan lebih kemas dan sedia untuk semakan cukai, pembiayaan dan tujuan pengurusan
Memberi peluang kepada pemilik perniagaan untuk memberi tumpuan kepada operasi dan jualan, sementara kami menguruskan rekod kewangan
Skop Perkhidmatan Perakaunan Outsource
Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah:
Penyediaan dan penyusunan rekod perakaunan harian / bulanan (bookkeeping)
Penyediaan lejar am, lejar penghutang, lejar pemiutang dan rekonsiliasi bank
Penyediaan imbangan duga, penyata untung rugi dan penyata kedudukan kewangan untuk tujuan pengurusan
Membantu menyediakan maklumat kewangan untuk tujuan audit, pembiayaan bank atau pelaporan dalaman
Menasihati susun atur carta akaun (chart of accounts) yang bersesuaian dengan jenis perniagaan
Memberi nasihat umum berkaitan proses kewangan, dokumentasi dan pematuhan asas cukai pendapatan
Nota: Perkhidmatan kami tertumpu kepada perakaunan, rekod kewangan dan pematuhan asas.
Perkhidmatan berlesen seperti audit berkanun, ejen cukai berlesen dan setiausaha syarikat berlesen hanya dijalankan oleh atau melalui pihak yang mempunyai kelayakan sah di bawah undang-undang berkaitan.
Tanggungjawab Pelanggan & Peranan Polaris
Tanggungjawab Pelanggan
Menyediakan dokumen dan maklumat yang lengkap, tepat dan dalam masa ditetapkan
Memaklumkan sebarang perubahan penting dalam operasi perniagaan
Membuat semakan berkala terhadap laporan yang dibekalkan
Peranan Polaris Business Solutions
Merekod transaksi berdasarkan dokumen yang dibekalkan pelanggan
Menyediakan laporan kewangan berkala mengikut persetujuan
Memberi penerangan berkaitan laporan kewangan untuk membantu keputusan pengurusan
Memastikan rekod kewangan kemas dan teratur serta bersedia untuk semakan pihak berkuasa
Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan selaras dengan By-Laws MIA
Anggaran Kos & Nilai Untuk Perniagaan
Kos perakaunan secara outsource lebih fleksibel berbanding menggaji staf akaun sepenuh masa.
Caj perkhidmatan bergantung kepada:
Bilangan transaksi sebulan
Bilangan akaun bank dan kaedah rekod digunakan
Keperluan laporan (bulanan / suku tahunan / tahunan)
Kompleksiti industri dan struktur perniagaan
Kami akan menerangkan skop kerja dan fi secara telus sebelum perkhidmatan dimulakan.
Mengapa Memilih Polaris Business Solutions?
Diketuai oleh CA(M) – Akauntan Bertauliah berdaftar dengan MIA
Fokus kepada PKS – Faham cabaran dan keperluan usahawan tempatan
Rekod yang teratur – Bersedia untuk cukai, pembiayaan & keputusan pengurusan
Pematuhan & Etika – Selaras dengan Akta Akauntan 1967 & By-Laws MIA
Bahasa mudah difahami – Nombor dijelaskan dengan jelas, bukan jargon
Mahukan Perbincangan Awal?
Kami menawarkan sesi konsultasi awal untuk memahami keperluan perakaunan perniagaan anda sebelum anda membuat keputusan.
Hubungi kami untuk mendapatkan cadangan pakej yang bersesuaian dengan perniagaan anda.
Polaris Business Solutions diketuai oleh Akauntan Bertauliah (CA(M)) berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Perkhidmatan berkaitan audit berkanun, ejen cukai berlesen dan setiausaha syarikat berlesen hanya dijalankan oleh atau melalui pihak yang mempunyai kelayakan dan kebenaran di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.
Perkhidmatan Kami
Urusan Permohonan & Penyediaan Dokumen Syarikat
Pengurusan SyarikatPerkhidmatan Perakaunan & Pembukuan (Bookkeeping)
Perakaunan OutsourceKhidmat Nasihat Am Percukaian
Nasihat PercukaianPengurusan Gaji (Payroll), KWSP, PERKESO & Rekod HR
Sumber ManusiaPenyediaan Kertas Kerja Kewangan & Dokumen Sokongan
Kertas Kerja & Lain2Penyediaan & Latihan penggunaan Perisian Perakaunan
Accounting Software