
Jawapannya boleh. Anda boleh isytihar cukai pada tahun semasa namun amalan yang sepatutnya adalah memulakan merekod akaun syarikat seawal tarikh syarikat didaftarkan. Pendapatan tahun lepas akan mempengaruhi pendapatan tahun ini dan juga pendapatan tahun-tahun akan datang.
Jika anda tidak mahu diaudit oleh pihak LHDN untuk akaun tahun sebelumnya, nasihat kami anda perlulah menguruskan akaun syarikat anda dengan bijak. Pastikan akaun syarikat diuruskan seawal yang mungkin dan teratur. Apa yang paling penting adalah segala dokumen syarikat dan juga resit-resit yang penting disimpan dan disusun dengan baik.