Kebanyakan daripada kita tahu apa itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun masih ramai yang tidak begitu faham tentang Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security Organisation (SOCSO).
PERKESO merupakan badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1971. Semua syarikat swasta di Malaysia diwajibkan berdaftar di bawah PERKESO dalam tempoh 30 hari dari hari pertama pekerja mula bekerja, menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Tujuan badan kerajaan ini ditubuhkan adalah untuk memberikan bantuan perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kekurangan keupayaan atau tidak berupaya yangdisebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Anda mungkin salah seorang yang layak jika anda seorang pekerja di bawah 60 tahun dan bekerja di sektor swasta dengan gaji bulanan.
Jom semak skim perlindungan yang diberikan oleh PERKESO. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.
