Perniagaan adalah aktiviti menjual dan beli barangan atau perkhidmatan. Dokumen perniagaan pula adalah keterangan atau catatan bertulis yang sah tentang urusniaga perniagaan yang telah dijalankan.
Dokumen perniagaan ini penting dalam sesebuah pernigaan. Terdapat banyak kepentingan dokumen perniagaan. Paling penting sekali, dokumen perniagaan ini dijadikan sebagai sumber rujukan utama semasa membuat akaun perniagaan.
Terdapat 2 jenis dokumen perniagaan iaitu dokumen sumber dan dokumen bukan sumber. Dokumen Sumber merupakan dokumen digunakan untuk merekod butiran dalam perakaunan. Dokumen bukan sumber pula ialah dokumen digunakan untuk rujukan sesuatu urus niaga yang akan dan telah direkodkan.
Dibawah merupakan fungsi-fungsi dokumen perniagaan yang anda perlu tahu.