APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA PENDAPATAN YANG DILAPORKAN KE LHDN TIDAK TEPAT??

Kebanyakkan client kami ramai yang mengadu apa yang perlu dibuat jika terdapat kesalahan maklumat selepas hantar borang cukai? Dah cuba hubungi pihak LHDN tetapi tidak jawab. Macam mana ni??😟😟

Untuk pengetahuan anda, borang cukai pendapatan tidak boleh dihantar lebih daripada sekali bagi sesuatu tahun taksiran.Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke cawangan yang mengendalikan fail tuan. Namun, sekiranya pindaan tersebut melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, anda perlu mengisi Borang Nyata Terpinda BE/B. Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

Sumber: www.hasil.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

× Chat with us on WhatsApp