PETUA PENGURUSAN KEWANGAN BAGI USHAWAN KECIL

“Bisnes kecil-kecilan je”.

“Saya tidak ada kemahiran dalam bab pengurusan kewangan terutama yang melibatkan perakaunan ni”.

“Apa yang perlu saya buat? Kalau saya tak uruskan kewangan dengan betul, mesti ada kesan buruk pada perniagaan saya nanti”.

Ini antara soalan yang biasanya akan ditanyakan pada kami terutama usahawan-usahawan kecil dan yang baru mulakan perniagaan. Jawapan kami mudah sahaja. Setiap usahawan perlu dan harus menguruskan kewangan perniagaan dan syarikat mereka. Disini saya kongsikan 7 petua pengurusan untuk bisnes kecil dan caranya amat mudah. Semoga ia membawa manfaat kepada anda.

1- Buka satu akaun bank untuk syarikatAnda wajib mengasingkan duit peribadi daripada duit perniagaan dengan cara membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.

2-Rekod setiap transaksi dan simpan setiap dokumen dengan baikSemua rekod transaksi hendaklah direkod walaupun hanya dalam excel. Penyata bulanan bank adalah dokumen terpenting dalam perniagaan kita. Dengan penyata inilah kita boleh melihat tahap “kesihatan” perniagaan kita.

3-Kos belian (purchase cost)Kos belian adalah kos yang kita gunakan untuk membeli barang-barang yang kita akan jual atau nama lain nya stock/inventory. Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap contohnya seperti tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual/supplier. Pastikan kita menyimpan resit bagi semua transaksi yang kita buat.

4-Kos jualan (sales)Untuk setiap jualan, kita perlu rekod maklumat berikut seperti tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran. Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank sekerap yang boleh. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun kita.

5-Kos-kos lain (expenses)Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan yang berkaitan dengan perniagaan kita (direct cost). Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.

6-Ambilan dan modalAmbilan dan Modal adalah pertukaran barang jualan dengan akaun peribadi. Contohnya, jika kita ingin mengambil satu produk yang kita jual ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika kita mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.

7-Petty CashPetty cash adalah tunai yang kita siapkan untuk pembayaran kepada hal-hal yang emergency contohnya seperti repair atau maintenance dari kontraktor yang kecil-kecil. Tapi sebolehnya kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja.

Nak kami bantu anda untuk menyediakan laporan untung rugi yang LENGKAP dengan harga yang BERPATUTAN. Dijamin anda akan berpuas hati 300% dengan servis kami. Kami akan bantu dari A sampai Z!

Jom whatsapp saja staff kami untuk dapatkan respon pantas:

👉https://wa.me/60189163889

👉https://wa.me/60177464011

👉https://wa.me/60166968850

Email: polarisbizsolutionz@gmail.com

Website: https://www.polarisbusiness.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

× Chat with us on WhatsApp