BAGAIMANA PEMBAYAR CUKAI DIPILIH UNTUK DIAUDIT?? By Polaris BusinesssIn PERCUKAIAN, PERAKAUNAN, TIPS CUKAI, TIPS KEWANGAN, TIPS PERNIAGAANPosted March 15, 20220 Comment(s) Apa itu Audit Cukai?? Audit ialah pemeriksaan akaun perniagaan termasuk kewangan pembayar cukai bagi menyemak sama ada cukai telah dilapor dan dibayar mengikut jumlah secukupnya dan undang-undang serta peraturan percukaian dipatuhi sepenuhnya.Terdapat berbagai asas dan cara bagaimana pembayar cukai mungkin dipilih untuk diaudit. Antara asas dan cara tersebutialah:Pemilihan melalui analisis risikoSemakan manual atas Borang Nyata Pendapatan (BNP).Maklumat yang diterima dari pihak ketiga, biasanya melalui audit atau siasatan ke atas pembayar cukai lain.Maklumat yang diterima dari pihak ketiga.Rekod penerimaan BNP yang lepas.Pemilihan berasaskan industri-industri tersebut.Pemilihan berasaskan isu-isu khusus yang sama bagi kumpulan-kumpulan pembayar cukai tertentu.Pemilihan berasaskan kawasan-kawasan tertentu.Asas-asas pemilihan di atas disemak dari masa ke semasa dan LHDN tidak akan memberitahu sebab-sebab pembayar cukaidipilih untuk diaudit.